Lelaki Ini Dah Umur 72 Tahun Tapi Badannya...

Posted by Shafiq on Wednesday, April 2, 2014

Walau pun umur orang tua ini 72 tahun, tapi badannya fuuuu...mantop. Inilah namanya usaha tangga kejayaan. Namun begitu, kita perlu pastikan usaha yang kita lakukan tak merugikan kita satu hari nanti.









More aboutLelaki Ini Dah Umur 72 Tahun Tapi Badannya...

Budak Lelaki Ini Mempunyai 30 Jari

Posted by Shafiq

Lelaki muda ini memegang rekod dunia baru, iaitu mempunyai jari tangan dan kaki yang lebih. Kanak-kanak ini yang baru berusia 6 tahun, di lahirkan dengan 14 jari tangan dan 16 jari kaki.

Banyak bukan,namun begitu...kanak-kanak ini telah menjalani pembedahan untuk membuang jari tangan dan kaki yang berlebihan. Pembedahan tersebut mengambil masa selama 6 jam setengah di hospital Shenyang, Liaoning.

Itulah kelebihan Allah, yang maha berkuasa....










More aboutBudak Lelaki Ini Mempunyai 30 Jari

Gambar Ahli-Ahli Gusti Zaman Muda

Posted by Shafiq on Tuesday, April 1, 2014

Menarik! Gambar Ahli Gusti Zaman Muda- Muda Dulu                                                          

1. Hulk Hogan



2. Jesse Venture


                                                                   
3. Kurt Angle


                                                                   
4. Mike Foley


                                                                   
5. Undertaker


                                                                 
6. Goldberg


                                                                   
7. The Rock


More aboutGambar Ahli-Ahli Gusti Zaman Muda

7 Ikan Paling Pelik Dan Aneh Di Dunia

Posted by Shafiq

1. Four Eyes Fish (Ikan Bermata Empat)


Ikan ini dikategorikan sebagai genus anablepidae iaitu ikan yang hidup di muara sungai bahagian selatan Mexico hingga bahagian selatan Amerika Selatan. Ikan ini hanya hidup di air tawar dan air payau. Mereka memiliki mata yang terletak di bahagian atas kepala dan terbahagi dalam dua bahagian yang berbeza, sehingga mereka dapat melihat bahagian permukaan air dan bawah air dalam waktu yang sama.

Ikan ini sebenarnya hanya memilki 2 buah mata, namun kedua matanya yang terletak di bahaian aras kepala terbahagi menjadi 2 bahagian, iaitu bahagian atas dan bawah yang dipisahkan oleh lapisan jaringan yang tipis. setiap bahagian mata memiliki pupilnya sendiri. Bahagian mata atas untuk melihat di udara (atas permukaan air) dan bawah untuk melihat ke dalam air. Ketebalan lensa mata bahagian atas dan bawah juga berbeza, semakin ke bawah semakin tipis.


2. Ikan Kelelawar Berbibir Merah (Red Lipped Batfish)

  
Ikan ini kelihatan seperti memakai lipstik. Ikan ini hidup di perairan Kepulauan Galapagos. Red Lipped Batfish merupakan perenang yang buruk, sehingga ia menggunakan sirip dadanya untuk berjalan di dasar laut. Ketika semakin dewasa, sirip punggung ikan ini akan bersatu dengan tulang belakangnya sehingga akan terlihat menarik bagi mangsanya.



3. Spookfish (Ikan Hantu)


Ikan ini memiliki wajah yang sangat menyeramkan. Masih belum ada penjelasan lebih lanjut tentang ikan ini.


4. Barreleye Fish - Genus Macropinna Microstoma (Ikan Kepala Transparan)


Ikan ini merupakan satu keluarga dengan ikan hantu di atas. Ikan ini mempunyai kepala transparan yang cembung dan berisi cairan bening. Bahagian pangkal mata dan organ dalam kepalanya dapat dilihat jelas dari luar. Terdapat dua gundukan warna kuning kehijauan seperti setengah kuning telur di belakang pangkal mata. Kedua benda itu diakui berfungsi sebagai mata. 

Di belakang dua “benda kuning” itu kelihatan serat-serat berwarna krim seperti jaringan daging yang sudah pucat. Dengan ukuran siripnya yang besar, membuat dia tetap seimbang. Dia hidup tepat di batas terbawah kemampuan sinar matahari menembus kedalaman laut. Pada posisi tersebut membuat dia tidak kelihatan dengan jelas oleh haiwan-haiwan di sekitarnya.

 Haiwan pemangsa mahupun mangsanya sendiri yang bersembunyi di atas tidak dapat melihatnya. Namun ikan ini mampu melihat keatas kerana matanya dapat diputar lurus ke sepan ataupun ke atas. Ianya sangat menakjubkan. 

Para pengkaji percaya bahawa matanya yang berwarna hijau kekuningan itu telah berkembang membentuk saringan cahaya yang berfungsi untuk mengabaikan sinar matahari dan dapat melihat cahaya yang pudar dari ikan kecil dan ubur-ubur yang merupakan makanan kegemarannya. 

Oleh itu, apa fungsi kedua ‘matanya’ yang terdapat di depan? Menurut para ahli pengkaji, kedua mata ikan itu adalah nales, indra penciuman seperti lubang hidung manusia. Barrelfish memiliki kristal cair pada matanya yang terletak pada suatu tempat pada sebuah selaput kecil. 

Apabila kristal cair itu rosak, matanya akan mendapat tekanan sangat kuat dan kondisi itu akan membunuhnya. Kita tahu bahwa tekanan dalam laut pada kedalaman 600 meter ke bawah memang sangat kuat dan boleh membunuh.


5. Flying Fish (Ikan Terbang)


Exocoetidae atau ikan terbang adalah familia ikan laut yang terdiri atas sekitar 50 spesies yang dikelompokkan dalam 7 hingga 9 genus. Ikan terbang ditemui di semua samudra utama, terutama di perairan tropis dan subtropis di samudera Atlantik, Pasifik dan Hindia.

 Ciri utamanya yang paling terkenal adalah sirip dadanya yang besar, memungkinkan ikan ini meluncur terbang secara singkat di udara, di atas permukaan air, untuk lari dari pemangsa. Peluncuran mereka biasanya sejauh sekitar 50 meter, tetapi mereka dapat menggunakan sokongan daripada tepi gelombang hingga dapat mencapai jarak sekurang-kurangnya 400 m.


6. Ikan Bergigi dan Lidah Manusia


Ikan Bergigi Manusia. Seorang pemancing di Amerika Serikat terkejut kerana ikan yang berjaya ditangkap itu mengigitnya dengan kuat. Ianya bukan sahaja menjerit tetapi setelah diperiksa gigi ikan ini mirip gigi manusia. Seperti dilansir web.orange.co.uk edisi 24 September 2010, Frank Yarborough sedang memancing di Danau Wylie, South Carolina.

 Tidak berapa kemudian, seekor ikan mengigit umpan lalu tersangkut. Frank sangat gembira kerana ikan yang diperolehi itu sungguh besar. Warnanya gelap dan memiliki berat sekitar 5 kilogram dengan panjang hampir setengah meter. Yarborough menduga itu adalah ikan lele. Dia pun memasukkan tangannya ke dalam air untuk mengambil ikan tadi.

Tetapi, dia merasa takut dan menjerit kerana digigit kuat seperti gigitan manusia. Setelah diperiksa ikan itu memiliki gigi seperti gigi seri, geraham, dan taring seperti yang dimiliki manusia. Tidak seperti ikan di danau itu pada umumnya. Ikan langka itu ditangkap dan dibawa pulang. Yarborough tidak terfikir untuk menggorengnya. Hingga kini masih tersimpan. 

Para ahli biologi percaya ikan itu mungkin dibesarkan dalam sebuah kolam yang eksotis. Robert Stroud, seorang ahli biologi perikanan air tawar Departemen Sumber Daya Alam di Carolina Selatan, telah mengkonfirmasi adanya sampel ikan itu. Sampel ikan itu telah dikirim untuk menentukan apa jenis spesies ikan misterius itu.


7. Handfish (Ikan Bertangan)



Penampakan ikan ini terlihat sektar tahun 1990-an dan ikan ini merupakan salah satu jenis terbaru dari ikan bertangan lainnya. Ikan ini kelihatan ganjil kerana tidak berenang dan itu menjelaskan sebab lokasi ikan ini wujud di dasar lautan. Yang anehnya ikan ini menggunakan "tangannya" yang seharusnya menjadi sirip untuk berjalan. Lokasi ditemukan ikan tersebut ada di daerah Tasmania,Pulau Australia. Kulitnya dilapisi denticle (semacam sisik yang kasar/bergigi-gigi) sehinga ia dijuluki warty anglers (wart = kutil). Ukurannya sekitar 15cm. 
More about7 Ikan Paling Pelik Dan Aneh Di Dunia

Lelaki Bosnia Ini Sanggup Berjalan Kaki Ke Mekkah Untuk Menunaikan Ibadah Haji

Posted by Shafiq


Demi memenuhi salah satu rukun Islam yang ke lima . Seorang lelaki Bosnia telah memulakan perjalanan untuk menunaikan haji dan mempersiapkan diri untuk menyeberang ribuan batu dengan berjalan kaki. Laporan daripada The Muslim Village portal pada Khamis Mac 15 yang lalu.


"Jujur saja sebelum saya memulakan perjalanan ini semua orang bimbang terhadap saya menanyakan bagaimana saya, sebagai seorang Muslim boleh memulakan perjalanan meskipun melalui negara-negara Kristian seperti Serbia dan Bulgaria" kata Senad Hadzic 47 tahun.


Bercita-cita untuk melakukan haji iaitu pada akhir Oktober nanti Hadzic akan berangkat untuk melakukan perjalanan panjangnya dari kampung halamannya di utara Bosnia pada Disember 2011.

Jaraknya kira-kira 3600 batu dari Bosnia ke Mekah dan ia akan menempuh di antara 12 hingga 20 batu setiap hari.




Dalam beg di belakangnya ia membawa mushaf Al-Qur'an dibungkus dalam plastik untuk melindunginya dari cuaca yang tak menentu.

Dia juga membawa peta dan bendera dari enam negara yang akan diseberanginya. Dia telah berjalan sejuah 600 batu setakat ini dan tentunya menghadapi bermacam-macam masalah.

Di Istanbul contohnya dia terkandas selama 20 hari dan berusaha untuk mendapatkan kebenaran untuk berjalan menyeberangi Jambatan Bosphorus yang menghubungkan Eropah ke Asia yang terbuka hanya untuk kenderaan.

Pada akhirnya berjaya ia memutuskan untuk meneruskan perjalanan menuju Makkah walaupun tanah Syria sedang bergolak.

"Saya akan memberitahu anda bahawa perjalanan ini telah mempunyai berjuta-juta masalah" kata Hadzic.

"Saya akan menjelaskannya kepada anda seperti ini: Insya Allah, saya akan masuk Asia hari ini, dan kemudian Syria. Dan saya tidak takut tank atau peluru, hanya Allah. Dan apabila saya boleh sampai ke Makkah dan saya akan berdoa untuk kita semua."

Jutaan Muslim dari seluruh dunia berkumpul di Mekah setiap tahun untuk menunaikan haji, salah satu daripada lima rukun Islam. Setiap Muslim dewasa yang berbadan sihat dan yang secara kewangan mampu membayar perjalanan haji wajib melakukan tuntutan ini sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup.

Setelah berjalan melalui pelbagai negara, Hadzic mendapat banyak pengalaman dan menerima banyak kebaikkan daripada banyak orang.

"Ada seorang tua bijaksana Turki muncul dan ketika ia tahu bahawa saya datang dari Bosnia ke Istanbul dengan berjalan kaki maka ingin memberikan saya duit supaya saya naik di dalam pesawat dan terus ke Makkah untuk hajikata Hadzic.

"Tapi saya saya menolaknya."

Musafir dengan bekalan duit yang sedikit, Hadzic mengatakan dia sangat menghargai pada kebaikan orang asing dalam perjalanan panjangnya.

"Di Serbia orang keluar di jalan dan memberi saya topi atau kaus kakikata Hadzic.

"Dalam satu cerita seorang profesor di Serbia mengundang saya untuk tinggal di rumahnyaIni profesor Serbia yang beragama Kristian mengatakan kepada saya bahawa saya adalah muslim pertama yang melangkah di rumahnya dalam hidupnyaIni adalah kehormatan besar bagi saya."

Hadzic mengatakan ia harus melakukan perjalanan dengan berjalan kaki kerana Allah membantunya dalam mimpi melihat perjalanan ini sebagai manfaat untuk dirinya sendiri dan semua orang yangditemuinya.

"Dengan Langkah ini saya membuktikan bahawa semua yang saya lakukan adalah kerana kasih saya kepada Allahkata Hadzic.  

"Demi apapun yang ada di dunia saya tidak akan menghentikan apa yang saya lakukan."

Meskipun belum setengan jalan namun banyak hal yang telah Hadzic pelajari.

"Pengalaman yang paling beharga yang saya dapat ialah, belajar erti 'berterima kasih' dan bersyukur dengan apa yang ada. Orang-orang miskin yang tinggal di luar bandar mencintai Allah dan menyokong saya dengan kemurahan hatikata Hadzic.



More aboutLelaki Bosnia Ini Sanggup Berjalan Kaki Ke Mekkah Untuk Menunaikan Ibadah Haji

45 Juta Jenis Bunga Di Taman Raksasa Ditengah Padang Pasir

Posted by Shafiq


Pernahkah anda terbayang sebuah taman bunga berwarna warni dengan jutaan jenis bunga yang terletak ditengah-tengah padang pasir? Ianya bukan terletak di Eropah atau di negara-negara beriklim sejuk, tetapi terletak ditengah-tengah padang pasir dengan suhu yang panas. Jom lihat gambar-gambar di bawah yang sangat menarik ini.











More about45 Juta Jenis Bunga Di Taman Raksasa Ditengah Padang Pasir